Categories
Omar AlAttas

WETLAND STUDIOS PUTRAJAYA

WETLAND STUDIOS PUTRAJAYA

Omar AlAttas

Pada minggu yang lepas, aku menghabiskan masa hujung minggu dengan baik sekali.. bak kata omputih… weekend well spent!

Jadi, paginya aku memulakan aktiviti morning di sekitar Cyberjaya Lakeside dan Tasik Putrajaya. Last aku ke sini pada Disember 2023 yang lepas. Yelah, sejak taman rekreasi Lakefront berhampiran dengan rumah aku dah dibuka. Aku selalu walk kat situ je. Tapi sebenarnya, aku pun dah lama tak morning walk sebab mood tengah malas! Hahaha.

Anyway, selesai morning walk, aku breakfast di Medan Selera Precint 9 Putrajaya. Kalau di sini, aku mesti akan pilih gerai Selera Johor. So, kalau korang Johorean atau yang teringin nak makan masakan Johor, boleh pergi sini. Macam-macam menu disediakan antaranya laksa Johor, mee rebus, lontong kering, nasi ambeng, soto dan pelbagai lagi.

Selesai breakfast, aku sambung lagi aktiviti ke Wetland Studios Putrajaya. Ini merupakan kali ketiga aku ke sini. Pertama pergi dengan family adik aku. Then second tu pergi dengan Shezz dan anak-anak Fatin. Dua-dua trip ni aku tak ambil video sangat sebab dok melayan kerenah budak-budak. So, kali ni aku memang purposely pergi nak record video. Bagusnya, time aku pergi ni tak ramai orang, so takde la bersesak-sesak macam pi masa cuti sekolah hari tu. Dapatlah record serba sedikit untuk share dengan korang.

Untuk pengetahuan korang, Wetland Studios ni telah dibangunkan oleh KRU Studios dengan kerjasama syarikat lain dan hasilnya pada aku jauh lebih baik berbanding dengan display sebelum. Dulu pamerannya sangat sendu. Sekarang ni, pamerannya dimeriahkan dengan pelbagai elemen interaktif, kesan visual dan sebagainya dan menjadikan pembelajaran di sini lebih menarik terutamanya untuk kanak-kanak.

Pameran di sini mempunyai 3 kategori utama iaitu Dinosaur Encounter, Deep Sea Treasures dan The Great Migration. Banyak info yang boleh diperolehi di sini. Cuma, bagi aku ruang pamerannya agak kecil. Yelah, bangunan asalnya pun memang cuma 3 tingkat je. Tapi apapun, ia menarik untuk dikunjungi seisi keluarga.

Harga tiketnya pula RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Okay la kot… tapi kalau lagi murah lagi bagus! Hahaha. Cuma aku tak puasa hati harga gambar kat photostation yang mereka ambil tu berharga RM 55 untuk satu frame. Mahal gilerrr!!! Kalau murah, sure ramai yang consider untuk beli. Ni rugi je.. dok print, tapi tak semua nak beli. Membazir…